Kunci Kejayaan

Filed under: by: khairuddinnasri

Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.

Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.

Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah. “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah, kemudian,mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tiada (pula) berduka cita.” ( Surah Al-Ahqaaf: 13)

Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:

1) Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T
Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.

2) Masukkan matlamat di dalam doa
Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.

3) Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa
Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya,
duduk
menghadap ke arah kiblat.

4) Berterusan dalam mencari ilmu
Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.

5) Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T
Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta
kasih-mengasihi
sesama manusia.

6) Kenali diri
Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.

7) Menolong insan lain untuk berjaya
InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-
hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.

8) Iklankan matlamat
Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat
dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita
terus
berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. “ Katakanlah, hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah..” (Surah Al-Zumar:53)

Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.

1 Malaysia : Satu Analisa

Filed under: by: khairuddinnasri

Setelah lebih 50 tahun Malaysia merdeka, pemimpin negara masih lagi berjuang memperkenalkan pelbagai slogan dan kaedah bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama.


Terbaru, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperkenalkan konsep ‘Satu Malaysia’ yang bermotokan ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Konsep ini diperkenalkan bagi mewujudkan satu uniti baru dikalangan masyarakat majmuk di bawah satu nama, Satu Malaysia. Sinisnya, tatkala konsep ini sedang sibuk dipromosikan oleh media perdana, kedengaran sumbang suara manyamakan konsep ini dengan ‘Malaysian Malaysia’ yang diperjuangkan oleh parti Democratic Action Party (DAP).

Namun omongan kosong ini mudah ditangkis, parti United Malays National Organization (UMNO) mana mungkin menggadaikan sifat ultra-Melayunya dalam soal kepimpinan negara. Sifat ini paling menebal dan hanya sekuat mampu dilonggarkan, itu pun akan mendapat tentangan hebat daripada golongan konservatif dalam parti itu.

Antara kegagalan utama kerajaan Barisan Nasional dan mungkin kerajaan hampir diseluruh dunia adalah memecahkan blok-blok pemikiran berlandaskan perkauman dikalangan rakyat dan pemimpin politik. Negara yang mendakwa dirinya sebagai paling bertamadun juga masih gagal memecahkan blok perkauman, buktinya masih berlaku sikap prejudis dan penindasan ke atas warganya yang berkulit hitam. Kemenangan Mubarrak Hussein Obama? Itu kenyataan yang masih boleh dipertikaikan jika dinilai daripada sudut pilihan, keterampilan, dan strategik politik ketika pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) berlangsung.

Memikirkan penyelesaian kepada isu ini dalam konteks negara Malaysia, Perdana Menteri (PM) Malaysia ke-6 kelihatan begitu optimistik dalam memperkatakan tentang konsep ‘Satu Malaysia’. Konsep ini pada pengamatan awal diharap sekurang-kurangnya dapat mengurangkan jurang jika pun gagal memecahkan blok-blok pemikiran yang berlandasan perkauman. Namun, kepimpinan baru ini perlu berani tampil dengan idea-idea baru walaupun ia mungkin akan mencantas imej lapok mereka sebagai pejuang satu ‘bangsa’.

Antara perkara awal yang wajar dilakukan untuk merealisasikan konsep ini adalah kembali di’tajdid’kan media rasmi milik kerajaan. Media ini tidak hanya berkisar media milik UMNO seperti Utusan atau Radio Televisyen Malaysia (RTM), tetapi juga media-media di bawah penguasaan parti-parti politik yang lain.

Apa yang perlu ditajdidkan adalah kaedah penyampaian, interpretasi berita, fokus utama berita, dan ketelusan maklumat. Masalah utama media milik parti-parti politik adalah terlalu membicarakan segala isu dalam sesebuah bangsa yang diwakilinya seperti survival bangsa, betapa bangsanya terancam, bangsanya yang ditindas, bangsanya dilayan seperti kelas kedua, bangsanya yang dipinggirkan, dan sebagainya. Masalah ini tidak hanya berlaku pada media milik UMNO seperti Utusan Melayu, ia juga berlaku pada media milik parti Malaysian Chinnese Association (MCA) dan lain-lain parti politik.

Imej lapok dan konservatif ini perlu kembali dicorakkan dengan imej baru yang mana media bercakap tentang survival masyarakat Malaysia tanpa perlu memfokus pada mana-mana bangsa atau kaum tertentu.

Media juga perlu hadir sebagai wacana ilmu yang membicarakan isu kemiskinan, ekonomi, budaya dan sosial merentasi sempadan bangsa.

Melayu, Cina dan India adalah berbeza, mana mungkin boleh duduk pada kerusi yang sama? Silapnya media selama ini adalah apabila terlalu memperbesarkan isu berbezaan namun kurang menekankan persamaan yang dikongsi bersama.

Sering kali yang menjadi tajuk utama media adalah betapa putihnya bangsa kita, dan betapa hitamnya bangsa lain. Kita terlalu menekankan betapa sucinya adat dan budaya kita, sehingga kadangkala menimbulkan perasaan bahawa Malaysia ini hanya wajar dilihat pada satu identiti bangsa sahaja.

Media sewajarnya meraikan persamaan yang dikongsi setiap insan tanpa mengira bangsa atau agama. Setiap insan berkongsi banyak persamaan tanpa perlu diketahui bangsanya, agamanya, atau ideologi politiknya. Betapa insan ini berkongsi sifat mencintai keamanan, memusuhi kezaliman, berbelas kasihan, tolong-menolong, saling menghormati, dan pelbagai lagi persamaan yang sewajarnya diraikan bersama.

Jika yang ditonjokan itu betapa kita dan yang lain itu berbeza, maka sukar untuk kita bertemu persamaan hatta pada satu titik. Jika media boleh dilakukan perubahan atas kapasiti empunya milik, namun cabaran terbesar dalam memecahkan blok-blok pemikiran perkauman ini adalah mengubah cara fikir masyarakat Malaysia.

Tajdid fikir ini memerlukan kempen yang hebat dan juga berteruskan agar pemikiran masyarakat Malaysia sentiasa bersedia melakukan sebarang perubahan dan anjakan paradigma. Perubahan ini melalui tiga fasa utama iaitu cara melihat sesuatu isu, cara berfikir, dan tindakan.

Bermula dengan fasa pertama iaitu cara melihat sesuatu isu, ia lebih kepada satu bentuk andaian awal terhadap sesuatu. Berbicara dalam konteks hubungan antara kaum, setiap anggota masyarakat harus mempunyai sifat bersangka baik dan tidak prejudis terhadap mereka yang tidak sebangsa. Realiti masa kini, hubungan kaum di Malaysia tampak baik, namun itu hanya saduran kerana persepsi negatif dan sikap prejudis pada bangsa lain masih dominan menguasai masyarakat di Malaysia.

Fasa kedua pula terarah kepada cara kita berfikir dalam menilai sesuatu isu atau permasalahan. Cara fikir lama yang beku seperti berfikir hanya pada kepentingan bangsa sendiri harus segera diluputkan, ia harus berfikir mewakili masyarakat Malaysia secara keseluruhannya tanpa perlu dibatasi pada mana-mana sempanan bangsa. Cara fikir ini selari dengan fikrah Islam yang menyeru umatnya berlaku adil hatta pada masyarakat bukan Islam.

Fasa ketiga dan yang terakhir iaitu tindakan yang mencerminkan hasil fasa-fasa tajdid fikir sebelumnya. Kejayaan fasa-fasa sebelumnya akan dinilai pada kaedah dan pelaksanaan tindakan yang diambil. Penilaian itu boleh bersandarkan pada jawapan bagi soalan-soalan berikut, Apakah masih ada bantuan hanya pada bangsa tertentu atas kapasiti bumiputera tanpa mengira kelayakkannya? Apakah masih wujud sikap hanya membantu rakan peniaga yang secerah warna kulitnya? Apakah masih berlaku tuntutan-tuntutan luar biasa atas alasan dirinya tertindas? Kesemua hal yang direncanakan ini adalah satu usaha ke arah membina masyarakat Malaysia yang berteraskan konsep ‘Satu Malaysia’.

Segala usaha yang menyeru ke arah pembaikan sistem sosial dan masyarakat seharusnya disambut baik oleh semua pihak tanpa perlu dipandang sinis. Ini kerana jatuh dan bangunnya negara ini, semua daripada kita yang bertanggungjawab ke atasnya.

Jika Malaysia itu ingin dimetaforakan sebagai bangunan, maka pemimpin adalah arkitek dan rakyat adalah pembinanya. Apa guna jika kita miliki pelan terbaik jika kita gagal membinanya.

Antara Guru & Murid

Filed under: by: khairuddinnasri

MURID BANGGA DENGAN GURU

Ia adalah satu fenomena biasa.

Mungkin suatu ketika seseorang boleh berasa cukup bangga kerana dapat menjadi MURID kepada seseorang tokoh guru.

Perasaan ini boleh sampai ke suatu peringkat, menyebabkan si murid ‘buta' dengan keilmuan orang lain juga menafikan kealiman guru-guru lain. Tentunya ia amat percaya dengan keilmuan gurunya.

Di waktu yang sama, ada yang menjulang nama GURUnya setinggi mungkin. Ada dua kemungkinan sebab untuk tindakan ini; Pertamanya untuk menunjukkan kehebatan dirinya, Keduanya guru tersebut sememangnya layak.

Tidak kurang ada yang menggelarkan gurunya sebagai Wali, Kassyaf, Imam, Syeikh, Al-Allamah, Kiyai, Tuan Guru, Pakar rujuk, Mujaddid, Al-Hafidz dan lain-lain gelaran lagi. Semuanya menunjukkan betapa penghargaan murid terhadap keilmuan sang guru dan bertuahnya diri dapat menceduk ilmu darinya.

Namun sebenarnya, murid tidak begitu berautoriti untuk mengiktiraf guru sebagai ‘alim atau hebat. Ini kerana dia sendiri masih murid dan tiada kemampuan untuk menilai sesuatu ilmu itu sama ada ia tinggi, sederhana atau rendah.

Ini menyebabkan murid sebenarnya tidak mampu menilai malah tidak layak, KECUALI ia mengambil penilaiannya dari seorang guru dan alim lain, ATAU dia bukan murid biasa yang baru belajar tetapi murid yang telah tinggi ilmunya cuma menjadi murid untuk melengkapkan keilmuannya. Ia banyak berlaku di zaman silam, seperti Imam As-Syafie yang bijak dan lagi amat alim memuji gurunya Imam Malik dengan katanya :-

إذا جاء الأثر فمالكٌ النجم

Ertinya : "Apabila tiba sahaja kepada hal ‘al-athar' ( iaitu hadis-hadis nabawi yang sohih), maka (Imam) Maliklah bintangnya"

Kerana itulah satu hari di ketika Ali r.a duduk di sisi Nabi s.a.w, tiba-tiba Abu Bakar As-Siddiq r.a masuk, dengan segara Ali bangkit berdiri hingga menyebabkan Nabi tersenyum lalu diriwayatkan berkata oleh Anas bin Malik :

إِنَّمَا يَعْرِفُ الْفَضْلَ لأَهْلِ الْفَضْلِ أَهْلُ الْفَضْلِ

Ertinya : "Sesungguhnya yang mengetahui kelebihan seseorang adalah orang yang mempunyai kelebihan juga" ( Al-Jami' As-Soghir, As-Suyuti)

Tidak hairan juga jika wujud murid yang menumpang kemashuran Guru, menisbahkan diri kepada sang guru. Padahal di mata guru itu mungkin, si murid itu adalah yang paling lembap di dalam pengajiannya.

GURU BANGGA DENGAN MURID

Murid berbangga dengan gurunya adalah fenomena biasa, namun jika seorang guru berbangga dengan muridnya, itu juga normal tetapi sedikit luar biasa dan amat positif.

Ia jarang berlaku kecuali bagi mereka yang benar-benar cemerlang di dalam pengajiannya.

Tidka kurang juga kita dapati dalam sejarah Islam dan lainnya, sang murid lebih berpengetahuan, hebat, terkenal dan berjaya dari gurunya. Lihat sahasja kepada Imam Abu Hanifah An-Nu'man, Imam Malik, Imam As-Syafie, Imam Ahmad bin Hanbal, Al-Bukhari, Muslim, Shamsuddin Az-Zahabi dan ramai lagi senarainya.

Justeru, tempatkanlah diri anda dari kalangan murid yang boleh dibanggai oleh guru.

Malah sehingga satu peringkat, wujud guru yang asyik menghebah kepada ramai bahawa si polan bin si polan adalah anak muridnya. Ia dihebah bagi tujuan, sama ada cuba ‘menumpang' kejayaan muridnya, atau lain-lain tujuan.

Benar, si murid pastinya terhutang budi dan ilmu kepada guru, namun guru ada pelbagai jenis guru. Ada guru yang melepaskan batuk di tangga semasa mengajar dan tidak memberi manfaat yang banyak dalam pembentukan diri dan kejayaan sang murid.

Terdapat juga guru, yang anak muridnya tidak perolehi apa-apa ilmu tambahan dari pengajarannya, hanya sekadar duduk dan mendengar ilmu-ilmu lama dan biasa di ulang-ulang. Guru sebegini juga patut memuhasabah diri jika ingin sewenangnya ‘mendakwa' kejayaan muridnya adalah kerana kebijaksanaannya.

Saya ingat-ingat lupa bagaimana kata-kata Syeikh Muhammad Al-Ghazzali (tokoh dakwah dan ulama Mesir) berkenaan Al-Syeikh Dr. Yusuf Qaradawi.

Asalnya, Muhammad Al-Ghazzali adalah berpangkat guru kepada Al-Qaradawi, namun setelah kedua-dua mereka berkembang sebagai tokoh dakwah dan ilmuan hebat di peringkat antarabangsa. Syeikh Al-Ghazzali berkata yang maksudnya:

"Dulu dia adalah muridku tetapi kini aku adalah muridnya"

Demikian murninya pertalian mereka dan tawadhu'nya diri si guru selain pengiktirafan terbesar dari guru adalah apabila mengganggap dirinya kini sebagai murid kepada bekas anak muridnya.


LEBIH PELIK

Malah lebih pelik dari itu, muncul guru yang bukan guru. Bagaimana?

Teringat saya seorang wanita bertanya kepada saya,

"Nak Tanya ustaz, ustaz kenal tak ....bin ....?" Tanya muslimat ini kepada saya

"Tidak ingat pula" jawab saya

"Dia kata ustaz ni anak murid dia, betul ke ustaz?"

" Hmm, seingat saya saya tiada guru yang bernama sepertinya, mungkin dia tersilap orang kerana nama zaharuddin di Malaysia ni bukan saya seorang" Jawab saya

"Tapi ustaz, saya dah tunjukkan laman web ustaz, dan dia masih mendakwa ustaz anak muridnya" kata muslimat ini lagi.

"Jika demikian dakwaannya, saya cenderung mengatakannya sedang menipu saudari" tegas saya

"Dia sebenarnya sedang melamar saya ustaz, dan semasa kami bertaaruf dia mendakwa ustaz anak muridnya" katanya lagi

Demikian juga wujud rupanya, kini wujud bukan guru mendakwa seseorang lain sebagai anak muridnya hanya untuk memikat hati seorang wanita, malah untuk menaikkan ‘kehebatan'nya mungkin. Amat malanglah teknik penipuan sebegini dalam memikat hati wanita.

KESIMPULAN

Bagi murid, jadilah murid yang dibanggai oleh guru, diberi contoh teladan oleh guru kepada muridnya yang lain, disenangi guru dan dirasa amat bertuah oleh guru. Khususnya bagi mereka yang sedang berada di pusat-pusat pengajian di seluruh dunia, terutamanya bagi mereka yang berada di dalam ruang lingkup pengajian Islam.

Janganlah jadi murid yang ‘menunjuk pandai' di hadapan guru atau mengkritik guru di belakangnya tanpa haq. Jika benar, guru tidak pandai, tersalah, menyeleweng dan sebagainya, tunjukkan ‘pandai' kepadanya secara ‘pandai', nescaya bermanfaat dan jangan menunjuk pandai secara tidak bijak.

Bagi guru ; jadilah guru yang boleh dibanggai dan dirasa bertuah oleh muridmu, justeru mantapkan keilmuanmu dan penyampaianmu. Jika sang guru merasakan sumbangannya kepada sang murid yang telah berjaya adalah sumbangan penuh seribu satu kelemahan, bersyukur bersendirian sahajalah.

Kita tidak mahu wujud murid yang mencebik mulut atau mengangkat kening bila diingatkan kepadanya bahawa si polan bin si polan adalah bekas gurunya satu ketika dahulu. Kerana ‘guru' itu tidak seperti ‘guru' sebenarnya.

Bagi semua ; janganlah mendakwa seseorang yang lain sebagai anak muridmu jika ia tidak benar hanya semata untuk menaikkan namamu. Kelak ia akan menjatuhkanmu seribu anak tangga.

Filed under: by: khairuddinnasri

Gambar Yang Menghina Islam &

Info Yang Kontroversi



Berita ini saya petik dari web persatuan pengguna Islam Malaysia (BAHAGIAN ADUAN PENGGUNA), bukan PPIM yangmengeluarkan aduan ini tetapi ia diterima dari pengguna.

Tanpa syak lagi, jika gambar ini benar-benar dicipta dan diedarkan oleh pihak Cola Cola dan bukannya direka cipta oleh pihak-pihak lain yang dengki atau pesaing mereka secara 'super impose' dan sebegainya, ia sememangnya suatu bentuk penghinaan Islam secara terang-terangan dan layak diboikot.

Saya sememangnya bukan termasuk dari kalangan yang meminum cola cola tetapi secara rasionalnya, terdetik rasa amat sangsi kerana gambar ini kelihatan terlalu agak melampau dan 'kerterlaluan' bagi sebuah syarikat profesional dan besar seperti cola cola untuk melakukannya. Agak tidak logik juga rasanya.

Sudah pasti mereka masih ada kepekaan dengan hati pelanggan Muslim mereka diserata dunia. Kesangsian saya bertambah tinggi apabila habis saya buka web coca cola dan tiada boleh didapati gamabr-gambar sebegini. Sudah tentu saya hanya merujuk web rasmi coca cola sahaja.

Beginilah, sifirnya mudah sahaja, jika benar dan terbukti maka tersangat wajar untuk umat Islam memboikot minuman ini. Jika gambar dan berita yang disiarkan di bawah ( petikan dari PPIM web site) tidak benar, maka anda masih bebas selagi tiada yang bukti rasmi.

Saya cenderung mengatakan gambar yang disiarkan adalah palsu dan boleh dilihat tanda-tanda kepalsuannya itu dengan agak jelas. Cuma info berkenaan khinzir, saya tiada sebarang pengetahuan tentangnya.Wallahu 'alam.

Saya amat mengalu-alukan jika ada rakan-rakan yang sudi menghubungi Cola Cola bagi mendapatkan penjelasan rasmi.

Saya telah merujuk web coke malaysia, pihak COKE kelihatan telah menjawab semua isu ini. Saya tidak dapat memaparkannya di sini kerana 'tidak boleh copy'. Justeru anda bolehlah membacanya sendiri.

Bagaimanapun, info dari web coke malaysia juga masih boleh disemak oleh anda. Buat masa ini saya tiada sebarang komen yang mampu dikongsikan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

23 Ogos 2007



Berikut petikan berita dari PPIM:-


Aduan 1-Iklan Biadap Yang Menimbulkan Kemarahan Umat Islam


Aduan 2-Shocking / Bad News : Pepsi and Coca Cola contains extract from Pork (Pig)

Most of the people avoid Pepsi and Coca-Cola for various reasons:-
1. Because of harmful chemical contents such as excessive carbonates, etc.
2. Because it is a Zionist Jewish product and they are supporting and
funding the illegal Zionist state aka Israel terrorist activities.
Now there is yet another reason which is more dangerous i.e. "Haraam" contents in these drinks.

The following news article has been published in Al-Riyadh Newspaper on 20 th August 2006. This is the translation of the news article..

The scientific and medical research says that drinking Pepsi & Cola leads to cancer because the key element is taken from Pigs sausage. The heavenly books Qur'an, Bible and Torah forbids eating Pork, as it is the only animal that eats dirt, dung and urine, which makes lethal and deadly fabric polluted germs and microbes.

According to a report published in Jordanian magazine, the head of Delhi University Science and Technology , Dr. Mangoshada scientifically proved that the key element in Pepsi and Cola contains extract from the intestines of Pig which causes cancer and other deadly diseases.

The Indian university conducted tests on the impact of drinking Pepsi and Coca Cola which proved that drinking them lead to more rapid heart rate and low pressure. Also drinking 6 bottles of Pepsi or Cola at a time causes instant death. It also contains chemicals such as carbonic and phosphoric acids, citric acid which harms teeth and causes bone fragility. Bones kept in the Cup of Pepsi melts during the week knowing that the bones of the dead remain in the grave for thirty years. Research itself confirmed that the calcium dissolved in Pepsi and it weakens the bladder, kidneys, kills the pancreatic, leads to diabetes and infectious diseases.

Pepsi or Coca-Cola lovers nothing to worry as it is not the only drinks available on this earth, as we have other healthy alternatives such as natural fruit juices, canned coconut water, flavoured milks, buttermilk etc., all of them are conveniently available even in the small stores.

PEPERIKSAAN…OOO…. PEPERIKSAAN

Filed under: by: khairuddinnasri


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Macam mana ni,peperiksaan dah dekat sangat. Ana tak habis ulangkaji lagi.. Habislah ana.. mesti tak dapat jawab. Gagallah ana nanti..”

“Peperiksaan?... ala.. Janganlah cakap tentang hal ni.. saya takut..”

“Mestilah belum bersedia.. Aku rasa kalau aku cuba sedaya upaya pun, aku tahu, tak akan sempat aku habiskan ulangkaji semua subjek tu…”

Inilah luahan-luahan yang sering dan mungkin selalu kita dengar apabila menjelangnya peperiksaan. Apabila menjelang peperiksaan, hati semakin berdebar-debar.

Tahap kerisaun mula meningkat. Pemikiran pun mulalah memikirkan pelbagai perkara-perkara negatif yang mungkin akan terjadi. Pemikiran itu kemudiannya pula ditafsirkan oleh otak dan diubah kepada gambaran-gambaran.

Ana, yang juga merupakan salah seorang mahasisiwi amat memahami keadaan yang digambarkan di atas dan turut jua melaluinya.

Peperiksaan adalah lumrah kehidupan. Kita sememangnya tidak dapat melarikan dirinya. Walau apapun jua, jika kita masih lagi memegang “title” sebagai seorang pelajar atau mahasiswa,mahasisiwi, peperiksaan itu memang tidak dapat dielakkan.

Ya,benar, kita tidak dapat lari darinya, tetapi, tidak mustahil kita tidak dapat mencuba untuk menghadapinya dengan sebaik-baik kemampuan kita. Peperiksaan bukanlah sebuah beban.

Peperiksaan merupakan kayu ukur untuk mengukur sejauh mana tahap pemahaman kita akan sesuatu perkara yang sudah dipelajari.

“Demi masa,sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran”
( surah Al-Asr: 1-3)

Masa itu ibarat pedang, sekiranya kita tidak mencatasnya, ia pula akan memotong kita. Masa ibarat senjata tajam yang bernilai apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya, tetapi sebaliknya akan berlaku sekiranya masa dibazirkan begitu sahaja.

Menurut teori as-Syahid Imam Hasan Al-Banna, masa merupakan kehidupan. Sesiapa yang mengisikan masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah, maka dia telah membuang kehidupannya. Hidupnya seperti tiada erti dan nilai.

Masa kian suntuk. Peperiksaan semakin hampir. Bagaimana kita hendak menghadapinya? Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk kita mencuba melakukan yang terbaik dalam peperiksaan adalah dengan menggunakan masa yang singkat itu untuk melakukan ulang kaji pantas.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Persiapan fizikal termasuklah dengan mengambil makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Hal ini dapat menjaga kesihatan dan turut memberi tenaga dan stamina kepada badan untuk terus mengulangkaji pelajaran. Aktiviti-aktiviti riadah juga tidak patut diabaikan.

Dari segi mental pula, fikirkan yang positif dan yakin pada diri. Percaya bahawa kita telah berusaha dan kita yakin untuk menghadapinya. Fokuskan diri pada apa yang diinginkan dan buang perasaan risau dan resah. Elakkan daripada memikirkan perkara negatif yang dapat terjadi.

Emosi turut juga terganggu apabila menjelang peperiksaan. Maka emosi kita turut juga perlu disiap sediakan untuk bertempur di medan peperiksaan nanti. Kawallah emosi dan cuba elakkan daripada melibatkan diri dengan konflik-konflik yang dapat menjejaskan “mood” belajar kita.

Muhasabahlah diri selalu dan fikirkan setiap kejadian ada hikmahnya. Dekatkan diri kepada-Nya dengan amalan-amalan solat-solat sunat, dan membaca Al-Quran.

Sesunggunhnya Allah mengatakan hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang. Dari segi rohani adalah dengan memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Maha Pencipta.

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Maka berhubunglah dengan-Nya dan panjatkanlah doa kepada-Nya dengan seikhlas-ikhlas hati dan serendah-rendah diri ini sebagai hambanya.
Berdoalah agar dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Seelok-eloknya, sebelum mula ulangkaji, maka lakukanlah ibadat solat taubat dan hajat, pinta moga mudah memahami dan mengingati pelajaran tersebut. Selain itu, pohonlah restu dari ibubapa dan guru.

Jangan melukai hati mereka. Percayalah wahai pejuang di medan pertempuran peperiksaan, kerja yang dilakukan hari ini akan menyelamatkan kita hari esok. Tiada yang dilakukan di dunia ini sia-sia kecuali perkara yang sia-sia itu sendiri.

Maka gunalah masa yang suntuk ini dengan sebaik-baiknya. Jadilah seorang penuntut ilmu yang cekal hatinya, yang teguh pendirian dan azamnya, yang tidak mudah dipatahkan dengan cabaran yang menimpa. Jadilah seoarng penuntut ilmu yang patuh dan tunduk kepada Yang Maha Pencipta, yang mempercayai dengan sebulat keyakinan akan kekuasaan Azza Wa Jalla yang menentukan segala-galanya.

Usahlah resah dan gelisah, tetapi bangkitlah, wahai mujahidin, mujahidah. Janganlah gentar dalam berjihad menuntut ilmu dalam mencari keredhaan-Nya. Study itu jihad. Selamat berjaya dalam peperiksaan.

1 MALAYSIA

Filed under: by: khairuddinnasri

Inisiatif baru yang diajukan oleh Perdana Menteri baru YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak disebut 1 Malaysia. PM baru telah memilih 1 Malaysia sebagai panduan dan tujuan untuk membawa warga Malaysia yang dianggarkan seraamai 27 juta ini untuk maju dan lebih tinggi, untuk membentuk peringkat kebangsaan baru dari pelbagai bangsa yang membentuk tanah ini. Tujuannya adalah mengkagumkan, namun tidak akan tercapai tanpa pemahaman yang lebih besar tentang apa ertinya menjadi sebuah bangsa bersatu, dan pengorbanan yang diperlukan untuk mencapainya. Walaupun 50 tahun terakhir pembangunan yang cepat, relatif keamanan dan kemakmuran, Malaysia telah batu lagi sebelum boleh menyebut dirinya suatu bangsa bersatu. Ada orang-orang yang mengatakan bahawa keamanan yang ada adalah rapuh; bahawa yang diperlukan adalah salah satu peristiwa besar kembali mencetuskan rusuhan kaum 1969. Namun, tidak takut seperti tragedi yang menggalakkan carian Saling pergantungan selalu malaysia rahsia kejayaan Namun, tidak pernah benar-benar berpelukan. Sekarang, dengan 1 malaysia, Perdana Menteri baru kami telah memutuskan bahawa sudah waktunya untuk berhenti minta maaf untuk siapa kita sebagai bangsa dan mula mengeksploitasi sebagai kenderaan untuk mengarahkan bangsa ini ke tahap berikutnya sukses. Hal ini bukan hanya klise untuk berkata 'kesatuan dalam kepelbagaian. " Malaysia telah melakukan itu selama lebih daripada lima puluh tahun. Namun, lebih banyak pekerjaan yang harus dilakukan untuk membuatnya menjadi kenyataan dan berkekalan sumber yang sangat sukses itu sendiri. 1Malaysia direka untuk malaysia mengorientasikan kembali menuju arah baru diarahkan kesatuan yang lebih besar dan kejayaan. Hari-hari yang berfungsi sebagai sebuah bangsa independen dan berasingan komuniti etnik dan perkauman hilang. Dunia baru kita hidup di negara memerlukan untuk bertindak sebagai satu - untuk hidup, makan dan napas saling ketergantungan dalam segala hal yang kita lakukan. Waktunya telah tiba, oleh kerana itu, untuk memberikan 2untuk 1 malaysia. Sebaliknya, itu adalah pengetahuan bahwa untuk mencapai tujuannya menjadi bangsa setara dengan seluruh komuniti global, Malaysia perlu bergantung pada orang - semua dari mereka - dan membuat penuh penggunaan modal manusianya untuk mencapai potensinya. Hanya ketika hal ini terjadi bisa kehidupan nyata dengan istilah 'bangsa malaysia,' atau 'orang Malaysia' - yang menempatkan para loyalitas kepada masyarakat yang lebih besar di atas segalanya dengan mendedikasikan untuk lapan prinsip-prinsip mulia sebagaimana ditetapkan oleh Perdana Menteri yang baru, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Melalui lapan prinsip ini, bangsa memiliki cetak biru untuk bergerak ke arah menjadi bersatu, mampu dan siap untuk mengambil setiap dan semua cabaran yang mungkin datang dalam perjalanan. 1Malaysia, pada kenyataannya, sudah ada. Dasarnya ditulis kepada asas penubuhan bangsa (rukun negara) dan perlembagaan negara dan kita hidup sehari-hari di masyarakat kita. Ini disebut saling ketergantungan, namun kerana politik dan realiti sejarah, malaysia bersatu baik dalam bentuk dan semangat masih belum mencapai potensi penuh. Ini adalah kisah yang, insya Allah, akan memiliki happy ending karena alasan sederhana bahawa ia harus. Sebuah bangsa berpecah belah dalam mencabar kali pasti gagal. Dan sekarang, bangsa dan dunia sedang menghadapi cabaran di beberapa bidang.

Di sisi lain, sebuah bangsa yang mampu menemui sumber potensi dengan menyedari kekuatan dari masing-masing bahagian hanya boleh berjaya. Pilihannya adalah milik kita dan melalui kata-kata besar Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt, 'satu-satunya hal yang harus kita takuti adalah ketakutan itu sendiri,' untuk hal-hal yang menghambat kita mencapai 1Malaysia hanyalah ketidakmampuan kita sendiri untuk bergerak melampaui kecil kami ketakutan satu sama lain dan ilusi yang entah bagaimana ada kerentanan dalam bekerja dengan orang-orang dari berbagai ras. Cooperation dan persatuan adalah sumber kekuatan, bukan kelemahan. Thesebuah prestasi seperti Vision 2020 menjadi kenyataan.

Para pelayan yang kebencian, perpecahan dan keserakahan telah berkesan mendapatkan Malaysia anda percaya bahawa entah bagaimana dengan menerima dan bahkan merangkul perbezaan, masyarakat setiap kita akan menjadi lemah. Pendekatan ini menggunakan rasa takut sebagai senjata adalah setua manusia itu sendiri, namun, entah bagaimana, manusia tidak boleh mengatasi taktik, termasuk malaysia. 3 1Malaysia, mogok di jantung kempen ini, dan cabaran daripada semua latar belakang Malaysia naik atas perbezaan dan bersatu di bawah satu bendera. Selain itu, hingga kepemimpinan kebangsaan untuk menetapkan contoh bagi orang-orang tentang cara melakukan ini. Kepemimpinan harus melalui contoh dan tindakan, bukan dengan Perkataan-Perkataan bersendirian. Bagi orang-orang untuk berlatih kesatuan, kepemimpinan nasional harus melakukan hal yang sama. Ini bermula dengan rasa hormat dan menghormati perlembagaan dan hukum negara dengan pemahaman yang menyeluruh pilar dan sejarah pada mana ini diasaskan negara. Perlembagaan kebangsaan dan hukum buta akan prasangka terhadap kumpulan tertentu dan terdiri daripada hati dan jiwa dari segala bangsa yang demokratik, dengan demikian, mereka harus ditegakkan dan dipertahankan. Tribalisme, dalam bentuk apapun, harus ditolak kerana Peraturan undang. Tidak ada satu ras, etnik atau kepentingan kelompok politik harus diberikan keutamaan dengan mengorbankan perlembagaan kebangsaan dan hukumnya. Masyarakat manusia dikawal oleh hukum adalah apa yang memisahkan manusia daripada binatang, dan setiap hukum flouting menandakan sebuah bangsa yang telah kehilangan inti dari keberadaannya. Gagasan ini harus diikuti dan bersemangat dipertahankan oleh pimpinan di kedua sisi lorong politik tanpa kompromi. Politik tidak pernah boleh diletakkan di atas kesejahteraan bangsa secara keseluruhan. Apa yang baik bagi parti tidak selalu apa yang baik bagi negara dan ketika pihak yang salah, bangsa dan undang-undang harus diberi keutamaan. Kemudian, harus ada upaya dilakukan untuk bekerja melalui perbezaan

Selanjutnya, harus ada usaha dilakukan untuk bekerja melalui perbezaan - setidaknya tentang isu-isu utama - untuk kemajuan rakyat. Sampai kepemimpinan kebangsaan dapat mencapai hal ini, orang-orang tidak akan pernah memeluk 1Malaysia sejauh tetap dalam ranah slogan-slogan dan jargon. 1Malaysia bererti bahawa bangsa ini adalah sebuah keluarga dan bahawa terlepas daripada perbezaan, pada akhir hari apa yang menyatukan kita adalah bahawa kita semua orang Malaysia. Petty politik harus menjadi bahagian dari masa lalu. Untuk mempraktikkan Perdana Menteri slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan,' (orang pertama, keutamaan dicapai) bangsa harus mengembangkan keyakinan yang kuat dalam pengembangan orang-orangnya - semua mereka. Persatuan memerlukan setiap kekuatan Malaysia diiktiraf dan mengetuk 4

untuk kemajuan bangsa. Sistem pendidikan tidak boleh hanya terfokus pada identifikasi yang terbaik dan cerdas dan menyiangi yang lain, tetapi harus melalui perniagaan masing-masing pelajar mengenalpasti kemahiran dan kemampuan yang melekat dan menyalurkan mereka ke dalam kehidupan dan kerjaya yang boleh kepada baik untuk individu dan bangsa. Hal ini memerlukan pergeseran dalam berfikir dan perubahan dalam mentaliti. Pendidikan adalah, dan selalu, equaliser besar. Banyak orang Malaysia yang sekarang sukses dalam kerjaya mereka dibesarkan di desa-desa kecil dengan sedikit nama-nama mereka. Namun, melalui pendidikan mereka telah mampu membuktikan nilai mereka dan mengatasi kemiskinan mereka dilahirkan ke dalam. Dalam satu generasi, pendidikan telah sepenuhnya berubah Malaysia dari masyarakat agraris menjadi masyarakat pengetahuan tunas. Sekarang, bagaimanapun, ada cabaran baru yang harus diatasi dengan semangat yang sama seperti di masa lalu. Pendidikan harus menjadi, sekali lagi, equalizer besar untuk Malaysia yang kurang beruntung, apakah mereka berasal dari luar bandar atau bandar. Negara miskin harus melihat sistem pendidikan kebangsaan sebagai kesempatan emas dan kenderaan untuk masing-masing dan setiap anak untuk mencapai impian nya, dan bukan hanya berkongsi dalam kemakmuran bangsa, tetapi untuk mencari tempat nya untuk menyumbang kepada berlangsung sukses. Kita harus menolak Elitisme, ketidaksetaraan dan setiap dan semua faktor yang menghambat high sistem pendidikan nasional dan membuat kebanggaan dan kegembiraan bangsa sekali lagi, di mana semua anak-anak diberi peluang yang sama untuk sukses.

Nilai-nilai iman kita bersama agama mengamanahkan bahawa kami mengelakkan tragis gagasan bahawa setiap manusia dalam masyarakat Malaysia boleh dianggap sebagai 'pemakan tak berguna', atau seseorang yang memberikan sumbangan apa-apa untuk masyarakat. Setiap orang mempunyai peranan untuk bermain, tidak peduli seberapa besar atau seberapa kecil, dan semua orang dapat bermanfaat bagi bangsa dalam beberapa cara. Hanya melalui berfokus pada kekuatan orang dan membuat upaya maksimal untuk mengenal pasti dan memanfaatkan mereka, boleh 'Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan' boleh dicapai. Ini adalah semangat sejati daripada pembangunan modal manusia. Hanya ketika sebuah negara menempatkan dalam amalan keyakinan bahawa setiap warga negara mempunyai potensi untuk menjadi sumber daya bangsa, pembangunan modal manusia dapat diwujudkan. Jika Elitisme dibenarkan untuk memuat berlaku, hukum rimba akan menjadi cara, yang mengarah ke kelas 5 peperangan, kebencian dan akhirnya disintegrasi bangsa. Orang-orang dari berbagai kelas dan perkauman tidak dapat disatukan dalam suatu masyarakat. Kejayaan Malaysia selama lima puluh tahun tidak dalam sebahagian kecil kerana kemampuannya untuk tidak hanya menempa, tapi mempertahankan hidup kelas menengah. Semangat yang sama yang mendorong para pemimpin kita masa lalu untuk memegang teguh prinsip ini harus terus dan baru berarti harus dikenalpasti untuk memastikan bahawa bangsa tetap komited untuk itu. Pembangunan modal manusia merupakan salah satu sarana, tetapi harus ada dasar yang komprehensif dan sistem untuk memastikan bahawa semua orang Malaysia mempunyai kesempatan untuk mengembangkan dan menyumbang.

Untuk mencapai potensi kebangsaan, keperluan 1Malaysia kedua pemimpin dan warga negara yang nilai dan bertindak dengan integriti. Integriti keputusan daripada pengetahuan bahawa salah satu telah dipercayai (amanah) dengan sesuatu yang sangat penting, bahawa untuk menjadi bererti Malaysia telah diamanahkan dengan tanggungjawab tertentu yang perlu dilakukan sebelum menerima apapun dari hak-hak istimewa yang datang bersama warga. Ini, pada kenyataannya, tulang belakang yang benar-benar awam, bangsa yang demokratik. Konsep 'amanah' berasal daripada lain daripada lapan prinsip - kerendahan hati. Kedua konsep yang saling berkaitan keduanya tumbuh keluar daripada kebangsaan pertama 'rukun,' yang merupakan kepercayaan kita bersama Tuhan. Walaupun kita yang berbeza kepercayaan dan tradisi keagamaan, kita bersatu sebagai orang Malaysia di bawah kepercayaan umum bahawa ada sesuatu yang lebih tinggi dan lebih besar dari diri kita sendiri - Sang Pencipta yang telah menempatkan kami semua di sini untuk hidup dengan sisi-sisi sebagai satu bangsa. Dari prinsip kebangsaan tertinggi, semua kebaikan mengalir. Kita boleh memanggil Tuhan dengan nama yang berbeza dan mempunyai konsep yang berbeza daripada siapa dan apa yang Allah, tapi ini nilai umum bahawa kita berkongsi menyatukan kita pada tahap yang lebih dalam dan seharusnya menjadi sumber kerendahan hati, sehingga integriti individu lebih besar. Terlalu sering, perbezaan agama kita digunakan untuk melawan kami mencari kesatuan, ketika mereka harus digunakan sebagai asas untuk memahami dan dialog konstruktif.

Untuk boleh diamanahkan dengan hidup dalam multi-perkauman dan multi-masyarakat religius adalah beban yang tidak kecil. Memerlukan kerja keras, kompromi, penerimaan dan keinginan yang jujur untuk mengetahui tentang mereka yang berbeza daripada diri kita sendiri. Sebagai bangsa yang majoriti muslim, semangat ini harus mengalir daripada kata-kata Al-Quran, yang menyatakan, "Wahai manusia! Lihatlah, 6 kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan puak supaya kamu mengenal satu sama lain. .... "[Al-Qur'an 49:13]. Begitu kita" mengenal satu sama lain, "kita kemudiannya boleh bekerja sama dalam penyebaran nilai-nilai kebertuhanan - keadilan, kasih sayang, cinta, dan kecantikan - di dunia ini untuk semua untuk menikmati - juga prinsip-prinsip bersama antara semua agama-agama utama di Malaysia.

Al-Quran kemudian membuat tuntutan tepat ini orang: "Bagi setiap orang dari padamu Kami (Allah) telah menunjuk seorang [berbeza] hukum dan cara hidup. Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia pasti bisa membuat kalian semua satu komuniti: tapi [Dia kehendaki lain] untuk menguji kamu melalui apa yang Dia telah diamanahkan kepada kamu. Vie, kemudian, dengan satu sama lain dalam melakukan perbuatan baik. Hanya kepada Allah kamu semua harus kembali; dan kemudian Dia akan membuat anda benar-benar mengerti semua yang di mana anda biasa untuk berbeza. " [Quran 5:48]. Setelah menjelaskan bahawa rancangan ilahi di balik perbezaan-perbezaan kita ialah supaya kita dapat mengenal satu sama lain, Al-Quran kemudian cabaran orang untuk bersaing dalam melakukan perbuatan baik. Ini harus diambil sebagai kunci untuk hidup dalam multi-ras, masyarakat multi-agama, seperti Malaysia, di mana hanya toleransi satu sama lain tidak mencukupi. Jika benar-benar 1Malaysia menjadi cetak biru yang pluralistik, majoriti Muslim bangsa, ia harus meletakkan prinsip ini di barisan depan: bahawa Malaysia's make up adalah ilahi diberikan dan cara untuk sukses adalah bukan untuk lari ataupun bersembunyi daripada itu, tetapi untuk menerima. Selain itu, pengurusan plularity dan perbezaan yang paling baik dikendalikan melalui pengetahuan yang lain, bukan kebodohan. Itu bererti bahawa 1Malaysia harus berkembang menjadi suatu program di mana perbezaan yang menyinggung menarik dan berterusan melalui pembelajaran

Sebuah bangsa bersatu adalah bangsa yang percaya diri. Sebuah bangsa yang percaya diri percaya bahawa tidak ada cabaran yang terlalu besar dan bahawa tidak ada yang dapat berdiri di jalan. Semangat mencipta 1Malaysia adalah menuju bangsa yang benar-benar percaya bahawa hal itu tidak hanya boleh bersaing dengan sesiapa pun di dunia, tetapi hal itu boleh memimpin. Sampai saat ini, banyak wacana telah terbatas pada keinginan untuk menjadi kompetitif sebagai bangsa. Ini adalah pemikiran terhad dan setidaknya sebagian disebabkan oleh kenyataan bahawa Malaysia bukanlah bangsa percaya diri. 'Malaysia boleh' harus diubah menjadi 'malaysia yakin.' 7 malaysia yakin secara alami akan terjadi ketika kita belajar bahawa semua yang kita perlukan untuk berjaya sudah ada di dalam sempadan kita, dan bahawa kita memiliki segala sesuatu yang kita perlukan untuk berjaya, kita hanya kekurangan kepercayaan dan kemahuan untuk melakukannya. Kita memiliki sumber daya, institusi, know-how dan modal manusia untuk menjadi pemimpin global dalam pelbagai bidang jika kita hanya boleh membawa diri kita sendiri untuk percaya bahawa hal ini bisa terjadi, dan kemudian mengabdikan diri untuk menjadi yang terbaik dalam segala yang kami lakukan. Alih-alih menyoroti kelemahan satu sama lain, dengan memfokuskan pada kekuatan satu sama lain dan belajar dari satu sama lain, melalui kesatuan dan komuniti kita dapat membangun bangsa bersama-sama. 1Malaysia bertujuan untuk memberikan potongan terkini daripada teka-teki dengan mencipta masyarakat yang sedar akan kekuatan dan aktif bekerja ke arah mengeksploitasi mereka, didorong oleh keyakinan bahawa kita boleh melakukan apa pun yang kita menaruh pikiran kolektif kita. Melalui kesatuan, apa pun mungkin.

Persatuan adalah berjangkit. Ketika orang-orang yang bersatu dalam keyakinan mereka, hasilnya boleh memindahkan gunung. Sejarah adalah guru terbaik dalam hal ini. Dedikasi kepada bangsa dan perkembangannya memerlukan keyakinan bahawa apa yang kita lakukan adalah penting dan dihargai. Dedikasi bukan hasil daripada takut kempen, kerja paksa, propaganda ataupun maklumat yang salah. Keputusan dedikasi yang kuat, tak tergoyahkan keyakinan bahawa apa yang kita lakukan adalah penting, dan bahawa salah satu upaya akan menghasilkan buah. Secara tradisional, orang-orang yang telah paling didedikasikan untuk gerakan, adakah mereka akan politik, sosial atau lain, telah mereka yang percaya dalam gerakan mereka dengan segenap hati dan jiwa mereka. Mereka yang telah bersedia memberikan segalanya daripada diri mereka sendiri, bahkan hidup mereka, kerana keyakinan mereka pada sesuatu yang lebih baik. The

Puncak dedikasi berasal daripada kepercayaan. Amerika, misalnya, selalu diselenggarakan pada harga tinggi untuk dedikasi mereka kepada negara mereka. Telah dikatakan bahawa dedikasi ini didasarkan pada nilai-nilai dan cita-cita pengasas daripada Perlembagaan, yang merangkumi prinsip-prinsip bahawa semua manusia diciptakan sama dan bahawa kerajaan adalah rakyat, untuk rakyat dan oleh rakyat. Meskipun hanya dapat dilihat bahawa cara untuk Amerika sendiri, ini adalah cita-cita pengasas Amerika prinsip 8 bahawa telah memupuk dedikasi dan loyalitas yang kuat dalam masyarakat. Pada 1950-an dan 60-an, pada masa puncak Amerika sebagai lokomotif ekonomi, slogan 'yang dibuat di Amerika' adalah kebanggaan bangsa dan dilambangkan di antara semua yang lain - menghasilkan barang-barang berkualiti tertinggi di dunia. Itu adalah buah daripada rakyat yang berdedikasi, namun juga sumbernya. Keyakinan bahawa seseorang dapat keputusan yang terbaik dalam keyakinan dan dedikasi untuk bekerja ke arah tujuan itu. Malaysia juga harus menganut prinsip-prinsip yang unik dan membawa mereka ke kehidupan melalui dasar dan amalan negara serta interaksi antara masyarakat yang pelbagai. Malaysia, di antara negara-negara berkembang, sering disebut sebagai contoh terbaik bagaimana sebuah pluralistik, negara multi-agama dapat hidup damai dan menikmati faedah daripada kemakmuran. Sebagai bangsa yang hanya 51 tahun, apa yang telah dicapai telah malaysia, dengan banyak saiz, jauh melebihi apa yang negara-negara maju mampu mencapai dalam 50 tahun pertama mereka kenegerian. Namun, terlalu banyak daripada kita tidak mengetahui hal-hal tentang bangsa kita. Kami tidak melihat fakta-fakta ini dengan rasa bangga. Kami memilih untuk fokus pada hal yang negatif dan kerana itu, kita mengabaikan potensi sumber kebanggaan dan patriotisme, khususnya bagi generasi muda kita, yang boleh mengarah pada dedikasi dan re-dedikasi kepada cita-cita bangsa.

Mana kesetiaan kita berbohong? Itu adalah cabaran bahawa setiap Malaysia harus meminta dirinya sendiri. Kesetiaan kepada bangsa berarti banyak hal, pertama dan terutama kepada undang-undang dan perlembagaan bangsa. Kesetiaan juga bererti untuk mengabdikan atau mendedikasikan diri pada perbaikan bangsa, melalui kesetiaan kami yang lain seperti bangsa, agama dan masyarakat kami. 1Malaysia adalah panggilan untuk menyepadukan lanjut bangsa, agama dan negara dengan menyedari bahawa seseorang tidak boleh berjaya tanpa yang lain. Negara yang kuat bererti bangsa yang kuat dan agama yang kuat, dengan demikian, sebagai bangsa dan agama pergi, jadi pergi ke negara. Kita melihat sekarang ini dengan banyak tren baru seperti peningkatan jenayah dengan kekerasan. Kerana memburuk umum keadaan aspek-aspek yang berbeza bangsa dan agama, bangsa sebagai keseluruhan 9 terjejas secara negatif. Sama seperti Bahasa Melayu, China, dan India semuanya saling berkaitan seperti Malaysia, bangsa, agama dan negara sama-sama begitu. Loyalitas, dalam praktiknya, bererti bekerja untuk mengukuhkan iman kita ras dan masyarakat untuk kemajuan bangsa secara keseluruhan. 1Malaysia bererti saling menyokong satu sama lain dan dengan berbuat demikian untuk memastikan bahawa identiti peribadi kita untuk tidak merasa terancam, bahawa orang masih bisa mempertahankan budaya dan agama mereka kebebasan dan tradisi ketika sedang sepenuh hati patriotik pada waktu yang sama. Inilah yang membuat Malaysia menjadi sangat unik. A

Visi 1Malaysia seharusnya tidak menjadi mimpi utopis di mana masing-masing kumpulan-kumpulan utama dalam masyarakat diharapkan untuk menjadi baik di segala hal, kelihatan seperti satu sama lain, terdengar seperti satu sama lain dan melakukan hal yang sama. Sebaliknya, dengan cara yang sama bahawa sebuah pasukan bola sepak mempunyai peranan unik untuk masing-masing pemain, masing-masing kelompok, melalui tumpuan pada kekuatan individu, boleh memaksimumkan kontribusinya untuk turun, menghasilkan keseimbangan dan keseimbangan. Untuk mencapai prestasi ini, lapan prinsip-prinsip luhur telah diajukan oleh Perdana Menteri Malaysia dalam konteks daripada 1 malaysia inisiatif. Lapan prinsip tersebut adalah: kerendahan hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan, integriti, keunggulan budaya, dan ketekunan. 10 11 Prinsip-prinsip ini, ketika menyedari, akan mengakibatkan bukan hanya bangsa yang bersatu, tetapi yang harmoni dan dinamik masyarakat manusia yang terdiri daripada pelbagai bentuk, saiz dan warna yang mewakili kekayaan dan keunikan Asia Tenggara.

Malaysia harus mengelakkan mengikuti jejak negara-negara seperti Perancis atau Singapura, yang telah cuba untuk 'pembuatan' kesatuan dengan stripping masyarakat secara individu budaya mereka keistimewaan. Dengan memaksa perempuan Muslim melepas jilbab mereka, atau orang Kristian daripada disallowing mengenakan salib di leher mereka, atau membuatnya haram untuk anak-anak daripada semua ras untuk mengucapkan doa-doa masing-masing di sekolah umum, banyak negara telah mencuba untuk memaksakan kesatuan pada orang; sebuah dibuat-buat, cetek jenis kesatuan yang terhad pada lahiriah. Persatuan adalah lebih daripada penampilan. Kesatuan sejati dalam hati memeluk serta luar. Orang harus dididik mengenai mengapa dan bagaimana mereka harus datang bersama-sama, dan kemudian melalui saling menghormati dan penerimaan membenarkan masing-masing untuk hidup sebagai mereka pilih, merangkul budaya mereka yang unik dan agama di bawah satu set undang-undang yang dibuat ruangan untuk keistimewaan tetapi yang menghormati positif unsur-unsur perbezaan. Seperti suatu bangsa, dengan fakta ini saja, adalah sebuah model bangsa bahawa semua akan memandang dengan segala hormat dan kagum. Bahawa bangsa malaysia. Mari kita bawa ke lebih quality dan membuatnya menjadi kebanggaan dunia melalui 1 malaysia .... '1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan '

Rabbani

Filed under: by: khairuddinnasri